Taman Botani Perdana: Sejarah dan Perkembangannya

TAMAN BOTANI PERDANA 

( PERDANA BOTANICAL GARDENS )

sumber : http://www.klbotanicalgarden.gov.my/

Pendahuluan

Untuk memenuhi syarat dan menyelesaikan projek video bagi subjek Pengajian Malaysia 2, kami telah berkunjung ke Taman Botani Perdana. Taman Botani Perdana merupakan antara tempat bersejarah yang terletak di Kuala Lumpur. Taman Botani Perdana merupakan sebuah taman awam yang terbesar di Kuala Lumpur. Dahulunya Taman Botani Perdana direka bentuk sebagai taman rekreasi. Kemudiannya, ia telah ditanam dengan pelbagai jenis pokok dan diubah peranannya menjadi taman botani. Taman Botani Perdana merangkumi 226 ekar bersamaan 91.6 hektar. Ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan merupakan sebahagian daripada Taman Warisan Tun Abdul Razak.


Terletak lebih 220 ekar di tengah-tengah Kuala Lumpur, taman botani Lake Gardens terasa seperti sebuah pulau yang tenang hijau, jauh dari kesesakan bandar. Pada waktu pagi, pengembara, dan pengamal tai chi mendiami jalan dan pavilion. Pada waktu petang, pelancong boleh menikmati pemandangan.Di antara pelbagai tarikan, Perdana Lake Gardens adalah tempat yang menyeronokkan dan rendang untuk berjalan-jalan. Pelbagai arca luar terletak di kawasan itu termasuk skala besar-besaran dari Stonehenge England. Bangku menawarkan tempat untuk berehat dan mengagumi rama-rama yang telah melarikan diri dari taman berdekatan.Taman-taman dipupuk dan dipelopori oleh bendahari negeri Selangor, A.R. Venning. Taman ini telah berkembang di luar imaginasi Venning yang paling liar, dengan sebuah muzium dan beberapa pavilion berasaskan alam yang dilekatkan di ibu negara.

Objektif Kajian

  • Mengkaji sejarah kewujudan pelbagai spesies pokok dan tanaman di Taman Botani Perdana
  • Mengetahui sejarah perkembangan Taman Botani Perdana dan perubahan dari segi penambahbaikan atau kelemahannya
  • Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk menerokai kekayaan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di Taman Botani Perdana

Sejarah

     Taman ini merupakan hasil idea daripada seorang pegawai British, Alfred Venning yang merupakan bendahari negeri Selangor pada akhir abad ke-19. Pada tahun 1888, Alfred Venning mengemukakan cadangan untuk membina sebuah taman botani di lembah Sungai Bras Bras. Residen British, Frank Swettenham bersetuju dan membenarkan sebilangan kecil daripada dana negeri untuk digunakan bagi membina taman botani itu. Venning mengeluarkan plannya untuk taman yang berkeluasan 173 ekar (700,000 m²) termasuklah sebuah "experimental economic garden", membersihkan kawasan semak dan lalang, dan menanam pokok bunga dan pokok renek hiasan. Rancangan ini menarik minat orang awam dan juga tokoh utama komuniti Kantonis, Towkay Chow Ah Yeok, yang menyumbang seratus bunga Cempaka dan pokok oren kepada plan asal penanaman pada tahun 1888. Sebuah tasik juga dibina dengan membuat empangan di Sungai Bras Bras yang kemudiannya dinamakan Tasik Sydney (kini Tasik Perdana) bersempena nama isteri Swettenham. 

     Walaupun projek ini mengambil masa selama hampir 10 tahun untuk disiapkan sepenuhnya, tetapi ianya dibuka secara rasminya pada 13 Mei 1889, hanya setahun selepas projek ini bermula, oleh Sir Cecil Clementi Smith. Pada awalnya, taman ini dipanggil Taman Awam (Public Gardens) dan kemudiannya ditukar nama kepada Taman Tasik (Lake Gardens). Pada tahun 1975, nama Lake Gardens ditukar kepada Perdana Lake Gardens atau Taman Tasik Perdana oleh Tun Abdul Razak. Dato' Sri Najib Razak kemudiannya mengubah namanya sekali lagi kepada Perdana Botanical Gardens atau Taman Botani Perdana pada 28 Jun 2011 dalam langkah permulaannya untuk menjadikan taman tersebut sebuah taman botani.

     Secara statistik, taman-taman botani di Malaysia mempunyai lebih daripada dua juta pelawat setiap tahun. Ini menjadikannya sebagai salah satu destinasi yang paling banyak dikunjungi oleh warganegara Malaysia (Jabatan Taman Botani Pulau Pinang, 2011).  Kawasan terkenal ini kini menghadapi beberapa kemerosotan visual di mana kualiti visual landskap telah berubah dari masa ke semasa.  Menurut Malaysian Nature Society (2010), kemusnahan visual berlaku kerana semakin ramai orang telah melawat tempat-tempat ini untuk menikmati alam semula jadi dan dengan itu ia secara automatik meletakkan tekanan terhadap alam sekitar dan kesan visualnya.

Tempat-Tempat Menarik

     Setelah kami sampai di Taman Botani Perdana, taman pertama yang kami temui merupakan Taman Herba (Herb and Spice Garden). Di sini terdapat pelbagai herba dan juga pokok-pokok ubatan yang dijaga dengan rapi.

Herb and Spice Garden yang teratur dan dijaga dengan rapi.

Syuhada Anuar. (2019, Aug 21). Herb and Spice Garden. 
Gelagat kumpulan kami ketika pembincangan.
Amir Nazhan. (2019, Aug 21). Herb and Spice Garden.
     Kami meneruskan perjalanan kami dan menuju ke Taman Sunken (Sunken Garden). Ianya dinamakan sebegitu kerana taman ini kelihatan seolah-olah tenggelam apabila dilihat daripada atas. Sebuah taman permainan juga dapat dilihat ketika dalam perjalanan ke Taman Sunken.


Taman permainan yang besar dan menarik bagi kanak-kanak.

Amir Nazhan. (2019, Aug 21). Playground.
Taman Sunken yang dipenuhi dengan pokok renek Acalypha siamensis, Loropetalum chinese dan Zephyranthes.

Syuhada Anuar. (2019, Aug 21). Sunken Garden
     Di sini juga terdapat air terjun yang besar dan sesuai untuk mengambil gambar yang cantik. Pemandangan yang cantik, bersih dan memukau mata juga menjadikan taman ini sesuai untuk berkelah bersama keluarga pada hujung minggu walaupun dalam kesibukan bekerja.

Pemandangan di sekitar taman yang sesuai dijadikan tempat untuk beristirehat daripada kesibukan bandar.
              

              
     Amir Nazhan. (2019, Aug 21). 


Air terjun yang berada di tepi jalan dalam kawasan taman.

Amir Nazhan. (2019, Aug 21).
     Kami meneruskan lagi perjalanan dan menuju ke arah Laman Perdana yang merupakan laman yang luas dan sesuai untuk berkumpul. Laman Perdana juga merupakan pusat di mana jalan utama  dari arah tiga pintu masuk utama bertemu. Pelbagai aktiviti dan acara yang dapat dilakukan di sini. Laman Perdana menempatkan pokok-pokok yang besar seperti Adansonia dan Moringa. Laman ini sesuai sebagai tempat bergambar yang berlatarbelakangkan tasik utama di taman ini.


Laman Perdana.
Amir Nazhan. (2019, Aug 21). Laman Perdana.

Syuhada Anuar. (2019, Aug 21). Laman Perdana.

Pavillion di Laman Perdana.
Amir Nazhan. (2019, Aug 21). Laman Perdana.

  Laluan di sekitar Laman Perdana.
               
Amir Nazhan. (2019, Aug 21). Laman Perdana.


   Moringa dohardii (Bottle tree) antara pokok yang terdapat di Laman Perdana.
Syuhada Anuar. (2019, Aug 21). Laman Perdana.
 Bergambar di jambatan yang berinspirasikan Jepun.
Syuhada Anuar (2019, Aug 21)

Pemandangan sungai yang mengalir di bawah jambatan.
Amir Nazhan . (2019, Aug 21).

Tasik di Taman Botani Perdana.
Wikipedia

Info yang terdapat di sekitar tasik.
Amir Nazhan. (2019, Aug 21). Laman Perdana. 
     Bagi para pengunjung yang meminati flora dan fauna amatlah disyorkan untuk mengunjungi Taman Botani Perdana kerana taman ini bukan sahaja mempunyai pelbagai spesis tumbuhan, termasuk bunga raya, malahan taman ini juga mempunyai Taman Rusa (Deer Park), dimana ianya menempatkan Rusa Holland atau Rusa Dama dama. Masuk adalah percuma dan ianya sesuai untuk bersiar-siar sekitar taman.


Bunga Raya di Taman Bunga Raya (Hibiscus Garden).
Perdana Botanical Garden Kuala Lumpur

Suasana di sekitar Taman Rusa.
Eratuku
JomJalan
JomJalan


Lokasi

Perdana Botanical Garden Kuala Lumpur


Alamat : Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

     Taman Perdana Botani boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja sama ada menggunakan perkhidmatan bas RapidKL (B112 dari Pasar Seni LRT ke Muzium Negara) atau berjalan kaki daripada Stesen KL Sentral. Dalam taman ini juga terdapat shuttle tram yang disediakan untuk para pengunjung mengunjungi semua tempat menarik tanpa perlu berjalan jauh. Shuttle tram ini beroperasi setiap hari dari 9am-6pm (Dewasa : RM6, Kanak-kanak : RM2).

     Antara lokasi yang menarik di sekitar Taman Tasik Perdana ialah Planetarium Negara. Ia merupakan bangunan berkubah biru yang terletak di puncak bukit di Taman Tasik Perdana. Salah satu tarikan utama planetarium ini termasuk pawagam angkasa yang menayangkan tayangan angkasa. Selain itu, terdapat juga Taman Burung Kuala Lumpur, Memorial Tun Abdul Razak, yang mempamerkan bahan-bahan kepunyaan Tun Abdul Razak sendiri dan juga bahan-bahan yang berkaitan dengan beliau, dan Muzium Negara yang berada dalam jarak berjalan kaki.

Penutup

     Rumusan yang dapat dibuat daripada aktiviti ini, Taman Botani Perdana telah banyak dinaik taraf dari masa ke masa. Memandangkan taman ini merupakan kawasan rekreasi, pihak taman telah menambah kemudahan seperti trek jogging, gelanggang permainan, kerusi rehat dan sebagainya. Selain itu, terdapat lokasi menarik di sekitar taman ini yang telah ditambah untuk menarik perhatian pengunjung tempatan dan antarabangsa. Antaranya ialah Panggung Anniversari, Planeterium Negara, Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Taman Burung dan banyak lagi. Seterusnya, disebabkan taman ini berkeluasan melebihi 100 ekar, terdapat juga kemudahan seperti perkhidmatan Trem. Boleh digunakan untuk menghirup udara segar tanpa perlu berjalan kaki. Daripada aktiviti ini juga, kami mendapati bahawa taman ini telah banyak berkembang sejak dari zaman penjajahan British dan sangat mesra pengunjung. Pada keseluruhannya, kami amat bangga menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai tempat seperti ini dan kami berharap akan ada lebih banyak pengunjung yang akan datang ke taman ini pada setiap masa.

Disediakan oleh 

  1. Nur Sabrina binti Muhammad Fauzi (ketua kumpulan) 
    ID: 52101119200
  2. Nursyuhada binti Anuar 
    ID: 52104119024
  3. Zarith Alyssa binti Mohd Zawawi 
    ID: 52102119197
  4. Nurain Batrisyia binti Khalil Azlan 
    ID: 52104119180
  5. Nur Adlina Huda binti Mohamad Roslan 
    ID: 52101119056
  6. Siti Nur Anis Diyana binti Abu Bakar 
    ID: 52101119064
  7. Amir Nazhan bin Nor Harisham 
    ID: 52102119104
  8. Harryth Iskandar bin Mohd Shoib 
    ID: 52101119195

Rujukan 

1) Perdana Botanical Gardens

2) Gregory Rodgers. (2019, March 06). The Perdana Botanical Gardens in Kuala Lumpur

3) Yafieda. (2019, Feb 18). A Walk in Perdana Botanical Gardens

UniKLMIIT_PengajianMalaysiaMPU2163_SemJulai2019

Comments

Post a Comment